Wednesday, October 12, 2005

Glamer gak tanam anggur ni...

Lama dah aku tak menulis kat sini. Bz ke sana kemari buat kerja , tapi sempat gak bukak cerita pasal anggur kat sapa-sapa yg nak dengar. Sambil menyelam minum air lah. Rupanya ramai yang dah dengar cerita pasal anggur kat Malaysia ni, mak datin pun ada. Ada satu company yg buat ladang anggur di Jeram tu duk canang pasal ladang anggur dia dalam paperlah dan dalam TV tapi bila pi sana takde apa pun, pokok je banyak. Balik pada peminat anggur tadi, sebenarnya ramai tengah cari benih pokok untuk di tanam kat rumah masing-masing, aku pun apa lagi pukul cananglah yg aku ada banyak benih anggur untuk di jual dan ajak dia org dtg rumah aku tengok sendiri pokok-pokok anggur aku yang sedang berbuah dengan lebatnya tu. Seeing is believing..

Alamak idea dah habis ..

Sunday, September 11, 2005

What is yr color

Tiru daripada Adiejin's..






Green



You are a very calm and contemplative person. Others are drawn to your peaceful, nurturing nature.




Find out your color at Quiz Me!


Friday, July 01, 2005

Anggur Hitam Kau Kata Hijau

Semalam sempat singgah kat nurseri di Bangi, ternampaklah benih pokok anggur yg dipamerkan dengan harga RM28 sebatang. Ada 4 btg dalam pasu sebesar 12 inci. Pertumbuhan pokok agak cantik dan ada sepohon yg dah berbuah. I pun tanyalah kat brother yg jual kat situ dan kebetulan pulak tuan punya nurseri. So dia kata benih tu dia buah cara cangkok dari pokok yg ditanam kat rumahnya. Katanya buah warna hijau dan rasa manis.Jenama pokok tak tau, sebab kawan yg bagi pokok kat dia pun tak tau. Tanya-tanya punya tanya, last-last dia kata belum rasa lagi buah tu sebab kawan-kawan dia dah kebas buah tu. Nasiblah sapa beli pokok kat dia ni, sebab dia kata buah hijau, padahal pokok yg dijualnya adalah jenis Isabela yang berbuah merah hitam, kalau makan masa hijau memanglah masam. Rosak nama pokok anggur di alam tropika. Tak sampai hati aku pun introducelah my self dan ceritalah dan kongsi sikit pengalaman dengan dia. Bukan nak tunjuk terreer ke ape cuma nak betulkan perception anggur tropika. Nanti ada lagi org frust nak tanam anggur kat malaysia ni....

dol ms

Wednesday, June 15, 2005


Anggur malaga blanc yang dah berbuah Posted by Hello

Berbuahkah anggur di Malaysia?

Sebenarnya dah lama dah orang tanam anggur di Malaysia ni. Kebanyakkan benih dibawa masuk dari luar negara. Biasalah bila dah duduk overseas,berkenan pulak tengok pokok anggur kat sana terus kerat sedahan bawa balik malaysia, tanam hidup pulak. Malah ada juga yg semai dari biji buah anggur yg dibeli di supermaket.Tapi malangnya tak banyak yang berbuah, kalau berbuah pun kecil dan masam. Ada satu makcik cerita sama saya, dia terus keciwa nak tanam pokok anggur, sebab dah bertahun-tahun tanam, hanya dapat daun je, buah takdak. Apa lagi dia pun tebanglah pokok anggur dia.
Petang tadi lepas balik dari opis, aku dah kerat pokok anggur malaga blanc aku. Nak kasi dia berbuah lagi. Sebenarnya buah pokok tu baru je dipetik 2 minggu lepas. Pokok yang aku potong ni berumur setahun lebih sikit. Masa buah kali pertama haritu, setangkai je buahnya, tapi klas, manis, walaupun buahnya taklah sebesar yg djual dikedai tu. Sebenaunya pokok anggur kalau di negara asalnya akan mengalami tempoh dorman semasa musim sejuk. Semua daun luruh dan pertumbuhan pokok pun terhenti. Pokok anggur akan mula hidup semula semasa musim bunga dan berbuah. Kalau dinegara tropika pulak, teknik memangkas dan membotakkan daunnya dapat meransang pertumbuhan tunas baru dan buah tanpa perlu musim sejuk. Dalam masa 2 minggu selepas pangkasan tunas baru akan keluar dan kemudian diikuti oleh bunga dan buahnya. Selepas 110-120 dari pangkasan dibuat , barulah buah anggur tu masak..cukuplah dulu dah malam ....

dol ms

Thursday, June 02, 2005

Misconception mengenai anggur tropika

Petang semalam ada member datang rumah nak ambil pokok anggur seperti yang dijanjikan. Dia bawa cerita pasal boss dia di Sabah, yang dah beli 4 benih pokok anggur (jenis isabela) dengan harga RM50 satu pokok. Teringin nak tanam anggur lah tu. Tapi masalahnya anggur tu diletakkan dibawah naungan daun kelapa. Le.. macam tu ke. Nasib baiklah member aku ni gi outstation kat Sabah, kalau tunggu lama sikit alamat kojol lah pokok tu. Sebenarnya tu lah persepsi mengenai pokok anggur di Malaysia ni, disebabkan dia orang tengok pokok anggur ditanam di US dan EU dia orang ingat anggur nakkan sejuk. Nasib baiklah tak dimasukkan dalam peti ais pokok tu. Jika diperhatikan anggur hanya hidup dimusim panas, kadang-kadang dalam cuaca yang lebih panas dan kering dari Malaysia..So tip hari ni.. tanamlah anggur dikawasan yang dapat sinaran matahari secukupnya. Lagi panas lagi baik...

dol ms..

Wednesday, June 01, 2005

Permulaan - peminat tani

Bidang tanam-menanam pokok ni memang lah telah menjadi minatku sejak kecil lagi. Semasa bersekolah di SMSMelaka (SPM82) dulu pun aku minat berkebun sampai dilantik jadi Presiden Kelab Kebun. Banyak jugak kita tanam sayur dulu kat belakang sekolah berhampiran tangki air tu. Yang bestnya semasa memetik hasil dan menjualnya kepada cikgu-cikgu. Semacam ada satisfaction bila hasil habis dijual.

Bila tamat alam persekolahan, saya telah ditawarkan oleh sebuah syarikat kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sehingga kini masih berkhidmat dengan syarikat tersebut. Walaupun bekerja saban hari, namun minat dalam bidang berkebun ni tak penah pudar. Kalau orang lain gi berkebun kat padang golf pada hujung minggu aku pulak gi berkebun kat kampung aku di Melaka. Berbagai jenis pokok telah di tanam, antara yang berhasil adalah longan berlian. Best pokok longan ni, buah manis, hasil lumayan, kalau ada tanah luas, boleh tanam secara komersil.. Tapi sekarang aku nak tanam anggur pulak.

Aku mula berkecimpung menanam anggur sejak tahun 2003. Sehingga kini banyak juga maklumat yang telah dipelajari dan experiment yang dah berjaya. Melalui blog ni aku berharap dapat berkongsi pengalaman menanam anggur di negara tropika. So, kalau ada sesiapa yang minat nak join hobi aku ni boleh dapat sikit maklumat kat sini.